Sunday, 13 August 2023

simple tapi bermakna bg aku

Aku tak ingat bila pic di ambil. Last week rasanya. Haziq yg ambil pic nie. Dinner bersama mak & abah di restoran KUALI, sg udang. Kedai simple menu simple tapi bermakna bg aku. Family dinner yg simple. Kenangan aku simpan d blog nie. 

Sunday, 2 July 2023

Toliet Paling Mahal Dalam Malaysia

Assalamualaikum, pelik kan tajuk kali nie. Takde apa... Saje aje... Ramai rakyat Malaysia dah tahu pasal nie. Tapi aku tetap nak letak kat dlm blog nie juga 🤣🤣🤣🤣. Short story. Aku p jln2 kat kLcc.Rasa nak terkucil. sekali masuk toilet rm2.00 hehehehe. Mahal. Kat Melaka pun takde maahal macam tue 😁

Tuesday, 6 June 2023

TTRC REHAB

Assalamualaikum, ok...apa tue TTRC (Tun Razak Rehabilitation Centre) bahasa melayu dia Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak under naungan PERKESO....inyer...socso yg kita bayar tiap2 bulan melalui potongan gaji. Camana aku bleh terjebak kat TTRC....al~kisah nyer hari ini 7/6/2023 genap 11bln aku eksiden. Time tu dlm waktu keje. Tgh bawa motor, sekali 4x4 langgar aku, patah kaki. Dok wad sekejap...pastu dok uma sekejap n last sekali aku check-in kat TTRC buat fisio. Masa ini lah aku jumpa member2 yg senasib dgn aku. Ramai beb, yg lagi teruk dari aku pun ada. Tapi alhamdulillah. Aku masuk dgn kerusi roda. Aku keluar dah bleh berjalan. Kat sini betul2 kene buat fisio. Aku stay sini. Ada hostel. Setiap bilik ada 2 katil n 1 bilik air. Cukup selesa. Kantin pun ada (tang ni aku tak bohong, semua menu diet.tawar 😂😂😂). Aku sebilik dgn Syafiq (org ipoh). Dia geng amputee. Dia eksiden kat kilang dia keje. 1st masuk bilik(tea time) berborak skit aje dgn dia. Lepas dinner baru rancak aku berborak dgn dia. Malang nyer dia kuar awal dari aku. Pas dia kuar aku dpt roomate baru.sama geng MSD (Work-related Musculoskeletal Disorders) in bahasa Gangguan Muskuloskeletal atau senang nak paham pemulihan saraf effect dari cedera. Makan masa 3 bulan aku nak recovery.

tempat kejadian

Selalu bila jln2 dlm hospital, mesti akan nampak signboard BAHAGIAN FISIO , dlm hospital kecik aje dept nie. Bila dtg TTRC besar sesangat. Reffer youtube, kat sana ada byk visual info.

tu aku yg ddk kat wheelchair

yg berdiri semua tue ada yg sakit neuro,msd,amputee. Time p class aku lah yg paling lambat sampai sebab nak kene tolak wheelchair. Yang lain dah boleh berjalan, laju aje tinggal kan aku 😜 yang betul2 paling muda belakang aku tu. Nickname dia sagon org malaysia bukan vietnam tau.dia amputee. Paling happy go lucky walaupun amputee. muda n single lagi (Gon aku dah up ko dlm nie 😇)



daytona time, advance track..ada berani?


Yg baju hitam berdiri kat blkg tu semua tenaga pengajar di TTRC
time ni aku baru nak mula off wheelchair.

Ada byk lg kalau nak cerita. Kat sini aku nak ucapkan terima kasih pada semua tenaga pengajar dari hydro (cikgu aina), gym (cikgu syam), phy (cikgu nuth), occ (cikgu lim n eugene). TERIMA KASIH straining saya sampai boleh berjalan semula. Tak lupa juga TERIMA KASIH pada kawan2 yang tolong saya masa eksiden. Yang carikan ambulan, yg call ambulan, yg bawa payung, yg bawa canvas biru oren, yang angkat kan motor saya bawa balik uma dan yg terlibat secara langsung n tak langsung. 

cikgu gym

cikgu lim (kiri) n eugene

Tak lupa juga al-fatihah buat sahabat yg dah pergi  menemui ILAHI, saudara HAFIZI BIN CHE MAT. Semoga arwah ditempatkan di golongan org2 yg beriman.AMIN.

HAFIZI a.k.a STONE COLD (kanan)

Monday, 1 May 2023

Comeback 2023

Assalamualaikum, lama tak type kat sini. Aku dok belek-belek external hard disk terjumpa video lama tak lama lah. Masa aku kat dlm rehab TTRC. Time nie aku tengah niaga sambal ready to eat. Laku keras jual masa di rehab. Buat part time jual sambal. Dapat lah duit tepi buat beli jajan kat dalam  rehab TTRC 😜. Apa tu Rehab TTRC....nanti-nanti lah aku explain. Video nie aku edit guna app CapCut (mesti semua kenal dengan app nie). Salah satu aku buat media marketing guna app nie. Memandangkan aku buta terknologi, so terkial-kial lah juga mula-mula nak guna. Buat video try and error. Sifu-sifu yang mengajar semua budak-budak 20an...mahu tak kena gelak dengan diaorang. Tapi dia orang tetap sabar mengajar aku yang buta teknologi nie. Sama lah dengan blogspot nie. Sapa lah lagi nak guna blogspot. Dah berkurung web nie. Aku nyer acc blogspot nie pun dah bersarang labah-labah. Tapi still activ lagi. Tak sangka kan?


Ada lagi video yang aku buat. Nanti free-free aku share lagi. Sambal di jenama Teega (https://www.facebook.com/teegafood/).

Produk bumiputra. Harga dia pun mampu milik. Setiap item dijual RM10. Murah kan?😎. Dia ada beberapa produk selain sambal seperti cookie, brownies, snack, cokolat & balm (macam vicks) pun ada. Produk nie sesuai utk berkelah tepi pantai, camping, travel, duduk rumah layan movie nexflix, nak jual kat kedai runcit pun bleh. Produk ini main strategi dia belian secara online. Kita order aje dari ejen-ejen dia dari seluruh malaysia. nak pick up boleh. Nak terus pos rumah pun boleh. Kalau nak jadi ejen boleh. Free sahaja. Nanti akan di ajar dari A>Z. Kalau nak order & try boleh produk pun boleh tekan link ini : www.wasap.my/+60166663821/teega 

OK aku belanja lagi satu video sebelum aku stop type untuk hari ini. Model dalam video ini single lagi tau 😁. kalau terpikat bleh pm tepi 😀





Wednesday, 27 April 2022

Check-in 2022

Assalamualaikum, aku tak tak tahu sapa yg follow blogspot nie lagi.Lama dah aku tinggalkan blog nie.Last check 2017 (5thn yg lepas)   :-p (xde icon mcm whatsup or fb), hehehe...really basic2 type. Skrg jam 2.23am.Mcmana aku boleh terjebak nak type kat sini??? Tak pasti secara simple..tertiba aku log in n trus type.Aku takde topic sebenarnya.So aku cucuk external hard dics n cari pic2 lama.Mengimbau kembali kenangan photography...lama aku belek2 pic lama.Ketawa aku sorang.

Sapa yg selalu lepak dgn aku mesti ingat akan kete nie.2016 kete total lost by company insuran, atas reason safety terhadap rangka kereta.Argh..byk kenangan dgn kete nie.Masa dia teman aku dah abis.Aku pernah drift kete ni otw ke n.9.BERJAYA BEB!!!hehehehe..bahaya.Jiwa remaja.mcm2 nak try.enjen standart...ada hati nak drift..ingat evo10 ker...enjen 4g15 aje pun(injection).Mcmana bleh eksiden mcm nie....Lain kali aje lah aku cerita.Pg2 nie aku just nak type aje kat sini.Takde topic.Takde plan n hala tuju blog.Just type trus type aje sampai melalut-lalut HAHAHAHAHA...

Sunday, 22 January 2017

tukar title

assalamualaikum,aku tak tahu ape yg aku buat nie betul atau salah(suspend nie...) lama tak tulis kat sini.dulu single.sekarang bertiga..kawen juga aku kan kengkawan.tak ramai follower kat blog ni.ape yg suspend???aku tukar nama blog aje....dari ceritaku ke ceritatu(ikut add blog nie)...patut ke aku teruskan blog nie atau delete?

Sunday, 14 June 2015

wei !!!

lah...ada lagi aku nyer blog nie....aku ingat dah arwah...hahahahahahahahaha......

*nanti aku plan apa yg patut....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...